Sabtu, 28 April 2012

Apa Itu Google Gravity

google wallpaper,google gravity,google chrome,google mail
Google gravity adalah salah satu aplikasi pintar yang dibangunkan oleh Hi-Res untuk browser Google Chrome dimana ia mampu untuk menjadikan segala elemen yang terdapat di muka utama Google jatuh kebahagian bawah browser.Setiap elemen yang terdapat dibahagian muka utama google itu sebenarnya masih berfungsi seperti biasa.Cuma ia jatuh kebawah sahaja.
Aplikasi yang menggunakan javascript box2d-js sememangnya satu sistem java yang sangat menarik.Namun begitu,untuk menjadikan ia berfungsi dengan baik,anda perlu menggunakan browser Google Chrome sahaja.Jika anda menggunakan browser selain daripada itu,apa yang anda dapat lihat hanya sekadar elemen-elemen yang jatuh dengan perlahan dan tersekat-sekat disamping anda tidak mampu menggerakkan eleman-elemen  yang terjatuh itu.Jadi sudikah anda untuk mencubanya?
google chrome experiments,google chrome,google,
Jika anda ingin mencubanya,anda boleh memasuki laman utama Google di www.google.com .Kemudian anda taipkan disitu “Google Gravity” dan klik I’m Feeling Lucky.Apa yang anda dapat lihat nanti,kesemua elemen yang terdapat di Google Homepage akan jatuh.Menarik bukan?
Nota: Seronok pulak bermain dengan Google.Cuba pula anda taipkan “Who is the cutest” di Google dan anda klikkan “I’m Feeling Lucky”.Google pasti akan memberitahu kepada anda siapakah yang paling comel didalam dunia ini.Apa yang anda semua tunggu lagi,cubalah..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar